Friday, March 2, 2012

musibah : hitam dan putih



2 minggu lepas,salah satu premis aku dimasuki pencuri.jumlah kerugian dalam rm15 ribu ringgit.musibah ke 3 dalam setahun.termenung gak kena hal macam ni.staf aku telefon nak bawak jumpa sorang brader ni,yang memang sedia aku kenal.dengan harapan dapatlah petunjuk siapa punya angkara.tapi sebelum malam aku kena ada di bangi lama.setelah selesai urusan di johor,aku dengan isteri bertolak ke sana.


..........................


kami berjumpa di tempat dijanjikan.sebuah rumah milik seorang 'klien' dia.kebetulan pakcik ni nak minta tolong brader ni tengokkan bini dia yang mengalami sakit yang agak misteri.brader ni tak suka dipanggil ustaz,sebab dia hisap rokok.orang yang hisap rokok ni tak layak dipanggil ustaz,katanya.adalah dalam 4 kereta yang ikut dia.dia pun uruskan masalah tuan rumah dulu.aku menunggu di anjung.


.........................


sudah 2 jam menunggu,hal tuan rumah masih belum selesai.jam dah pukul 1.30 pagi.pendek cerita,salah seorang kawan brader tu datang duduk sebelah aku..


"awak punya kedai ke yang kena pecah tu?"kata kawan dia yang umur 40-an lebih kurang.


"saya.nape pakcik?"aku jawab perlahan.


"awak ada bayar zakat?"dia tanya lagi.


aku diam kejap.pakcik ni muka dia memang jenis yang suka salahkan orang.aku pikir kejap nak berbual macam mana dengan orang macam ni.


"zakat fitrah,time nak raya tu saya ada bayar la.zakat niaga belum,sebab perniagaan saya rugi beberapa bulan ni."aku jawab terus terang.


"rugi pun kena bayar,tak kira berapa kita dapat.bla bla bla.."dia balas sambil besarkan mata lagi.


lepas tu terus dia cerita lebih tentang zakat,ayat quran la,dosa pahala,yang banyak aku tak ingat sebab aku bukan dengar sangat.aku banyak tengok muka dia yang taksub bercerita.aku tau,point dia simple.kedai aku kena pecah sebab aku tak bayar zakat.kira aku ditimpa musibah sebab dosa aku.tapi muka dia yang konfiden tu buat aku kasihan nak balas.aku diam tahan geram.


"ohh,saya ingat rugi tak payah bayar.."aku cakap bila tengok dia macam dah habis ayat.


"tu awak cakap,bukan tuhan cakap.."dia balas sambil besarkan mata lagi.


ok.sampai masuk bab tuhan bercakap ni,dah buat aku tambah geram.tapi aku diam tak menjawab.orang yang selalu rasa dia betul ni,ada baiknya aku jangan balas apa-apa.lagipun aku hormat dia jauh tua dari aku.selesai cakap tadi,terus dia pergi masuk dalam rumah.aku syak,dari gaya dia,mesti hati puas dapat sekolahkan orang jahil macam aku.nampak dia senyum sindir lagi.


............................................


dari hal di atas,mungkin ada betul dia cakap.aku terima jika musibah yang jadi kat aku ni sebagai balasan Allah atas dosa aku.jika benar,alhamdulillah.semoga kat akhirat ringan sikit hukumannya.atau mungkin untuk tambahkan iman aku pada-Nya.cuma,kalau lah hilang rasa hormat aku tadi,nak juga aku tanya dia.


jadi nabi-nabi yang kena musibah selama ni(hampir kesemuanya),ada yang dicaci,dibaling batu,dibaling tahi,dipulaukan,dipukul,semua tu sebab dorang banyak dosa la ye?


dan aku nak tanya jugak,pakcik nanti masuk syurga ke neraka?aku rasa mesti dia jawab tak tau.dan kalau pakcik tu tanya aku pulak nanti lepas mati masuk syurga ke neraka,aku pun jawab tak tau.jadi,apa beza pakcik tu dengan aku?


muka dia yang perasan betul dan pandang rendah kat aku tu buat aku geram sampai hari ni.dia lupa agaknya,dia tak ada beza dengan aku.cuma makhluk yang lemah.dan tak mungkin dia tau apa yang tuhan rancang untuk aku.


....................................................


sebab mengantuk,aku masuk rumah, jumpa brader tu,minta izin balik johor.pakcik pandai sangat tadi aku tak pandang pun dia duduk mana.jam da pukul 3 pagi.terus aku balik johor.


sekian.

Thursday, January 5, 2012

YIN & YANG







"Yin adalah sisi hitam dengan titik putih pada bagian atasnya dan Yang adalah sisi putih dengan titik hitam pada bagian atasnya. Hubungan antara Yin dan Yang sering digambarkan dengan bentuk sinar matahari yang berada di atas gunung dan di lembah. Yin (secara harafiah yaitu tempat yang teduh) adalah daerah gelap yang merupakan bayangan dari gunung, sementara Yang (secara harafiah yaitu tempat yang terang atau cerah) adalah bagian yang tidak terhalang oleh gunung. Saat matahari bergerak, Yin dan Yang secara bertahap bertukar tempat satu sama lain, mengungkapkan apa yang tidak jelas dan menyembunyikan yang sudah terungkap. Yin ditandai dengan sesuatu yang lambat, lembut, menghasilkan, menyebar, dingin, basah, dan pasif. Berhubungan dengan air, bumi, bulan, feminitas dan malam hari. Yang sebaliknya ditandai dengan cepat, keras, padat, fokus, panas, kering, dan agresif. Berhubungan dengan api, langit, matahari, maskulinitas dan siang hari."


"Para Taijitu dan konsep dari periode Zhou telah diterapkan dalam keluarga dan hubungan relasi. Yin sebagai wanita dan Yang sebagai pria. Mereka menjadi satu sebagai dua bagian dari keseluruhan. Praktisi Yoga Zen, sebuah sistem pelatihan yang diciptakan pada tahun 2007, berpendapat bahwa Yin dan Yang merupakan suatu aliran. Taijitu adalah salah satu simbol yang tertua dan paling terkenal di dunia, tetapi masih banyak orang yang tidak memahami arti dari Yin dan Yang. Hal tersebut menggambarkan salah satu teori filsafat Tao kuno yang paling mendasar dan mendalam. Inti dari hal tersebut adalah dua unsur keberadaan yang berlawanan tapi saling melengkapi. Cahaya yaitu Yang digambarkan dengan warna putih, bergerak naik berpadu dengan kegelapan yaitu Yin yang digambarkan dengan warna hitam dan bergerak turun. Yin dan Yang adalah kekuatan yang berlawanan, tergantung dari aliran siklus alami. Mereka selalu mencari keseimbangan meskipun mereka bertentangan, tapi mereka tidak selalu bertentangan satu sama lain. Sebagai bagian dari Tao, mereka hanyalah dua aspek realitas yang sebenarnya berdiri sendiri. Masing-masing mengandung unsur dari yang lainnya, karena itu terdapat titik hitam dari Yin pada bagian putih dan begitu pula sebaliknya. Mereka tidak hanya sekedar saling menggantikan, namum mereka menjadi bersatu sama lain melalui aliran konstan alam semesta."


SUMBER : http://id.wikipedia.org/wiki/Yin_dan_Yang
-----------------------------------------------------------------------------------------------

sebelum adanya tulisan.manusia menggunakan simbol.simbol ini sangat tua.berusia ribuan tahun.malah,misterinya lebih tua dari simbol itu sendiri.


"dalam putih ada hitam,dalam hitam ada putih"

"dalam salah ada benar,dalam benar ada salah."


betul ke ?

Wednesday, January 4, 2012

haramkah demokrasi ?




lately ada kecoh tentang demokrasi ini haram,sistem khalifah saja yang betul..ada ulamak yg mengharamkan kita mengundi,ada yang kata harus..


nampak tak ?


pasal mengundi pun da bole buat umat islam berpecah belah..


pada aku ?



ada nabi sembelih anak,tak salah..


ada nabi bunuh budak,tak salah..


tak salah sebab,mereka buat kerana Allah..




makanya,jika kita mengundi kerana Allah..salah ke ??

Tuesday, January 3, 2012

dunia baru




Selepas kawen,memang jarang aku buat entry..nak aku jujur?selepas kawen,dunia aku macam dunia baru.paradigma beranjak serelatifnya.susah untuk aku sesuaikan diri.sampai kawan-kawan rapat pun aku jarang jumpa.ada yang sampai merajuk.walhal sebenarnya,mereka-mereka aku sayang.


bisnes agak perlahan tapi alhamdulillah,aku masih bertahan.


dan blog ini tiada lagi "aku bukan freemason" setelah aku ditakdirkan berjumpa dan berbual dengan ahli kumpulan itu sendiri.gila kan?


insyaallah,transisi perubahan ini akan berterusan.


maaf.blog ini akan menjadi lebih serius dan matang.kerna kini aku gigih mencari kebenaran.tentang tuhan,agama dan bangsa.


ini bukan main-main.


banyak rahsia aku kupas untuk kebenaran.untuk entry pertama ni,aku cerita basic tentang kebenaran.




"kebenaran adalah sesuatu yang sukar diterima akal."



entry seterusnya akan aku ceritakan lagi.


perlahan-lahan...

Wednesday, July 13, 2011

B E R S I H




setakat ni,gua belum lagi join mana mana parti politik.gua orang berniaga,tak handal politik.tapi gua tau politik ni penting.contoh tokoh politik yang gua kagumi adalah rasulullah sendiri.baginda bijak memimpin.adil seadil adilnya.


di negara kita,jika lu orang ada rasa kurang senang dengan kerajaan,contohnya tak suka bila najib abiskan rm85 juta duit rakyat untuk bina stadium bola felda,ada saluran dan cara yang baik untuk korang suarakan pendapat korang.contohnya korang boleh tulis surat pada berita harian @ utusan,report pada ketua kampung,kalau dia tak layan try report pada wakil rakyat.nanti wakil rakyat korang tu akan pegi opis perdana menteri dan sampaikan hal ni.nanti PM akan baca aduan korang dan ambil tindakan secepat mungkin.


atau pun,


korang report kat polis ke,SPRM ke,mengatakan menghabiskan dekat rm100 juta wang rakyat untuk bina sebuah stadium bola sangat lah bodoh,membazir dan tak masuk akal.lepas tu dorang akan ambil tindakan pasal benda tu secepat mungkin.


cuba la..kamon.....kerajaan kita kan adil dan baik...




racync : entri pertama selepas kawen...kah kah

Wednesday, February 9, 2011

gua rasa macam takde harapan #2. . .


waktu johor tengah dihujani air hujan hari hari tempoh hari,gua terpaksa pergi senawang...


dari jb lagi hujan lebat,sejuk ya amat..


da sampai area yong peng,masih lagi hujan,masih lagi sejuk...


sampai area pagoh,hujan lagi...nampak air je kiri kanan...sejuk....


"

"

"

"

"

"


pastu gua terfikir.....nicol david dari umo 4 tahun da main squash..chong wei dari darjah 2 da main bekminton wakil sekolah..tiger wood??umo 5tahun da main golf..tiz zaqyah???ah.tu rahsia kami berdua...



da tu umo macam gua nak main sukan hape menda yang bole jadi world champion???



"

"

"

"

"


hujan turun sampai senawang....gua terus sayu...







racync:nasib baik centre centre gua tak banjir....



Monday, January 31, 2011

gua rasa macam takde harapan...




nak tau dak...selama hidup gua kat johor ni,tak pernah dengo pun johor ni ade tempat bernama tenang....gobok,gebor ke penah la gua dengo...



malam ni gua terfikir...ade chance ke nak merasa nik aziz jadi PM....




tetiba gua macam sayu...









racync: da 3 ari ujan kat jb...huh!!

Saturday, January 22, 2011

P E R S I M P A N G A N



dalam kehidupan,terdapat banyak persimpangan..banyak sangat,sampai memang susah mahu kira.jangan la lu orang tanya berape banyak,nanti gua lempang..


panggg!!!!



haa...kan da kena lempang.gua da cakap jangan tanya.ah lu yang pakai baju oren,nak kena jugak??



ok duduk.bagus...



orite.sambung balik pasal simpang tadi.makanya, kita mesti kena membuat pilihan terhadap pilihan simpang-simpang yang ada..susah kan.sebab kadang kadang kita tak tahu simpang mana yang terbaik untuk kita,simpang mana yang memberi kita cahaya,simpang mana yang bakal menerangi kegelapan kehidupan kita.apa yang gua paham,suka atau tidak,pasti ada masanya kita tersilap memilih simpang.kemudian kita cuba memilih yang betul pula tapi tersilap pilih lagi dan silap lagi dan lagi dan lagi.akhirnya ape yang kita jupa adalah sebuah dinding.pada yang slow,bile kita jupa dinding maknanya da takde simpang lagi.pastu kita rasa macam hidup ni da berakhir.dunia rasa kosong dan tiada lagi apa yang kita panggil harapan.



tapi kan,..kalau kita da cukup matang,sebenarnya selagi kita hidup dunia ini masih belum berakhir (ah gua terngiang lagu shaden-dunia belum berakhir).hakikatnya,memang tak dapat elak ade ketikanya kita memilih simpang yang salah,dan ini dinamakan kegagalan.jangan berhenti.teruskan berjalan.jika terpilih lagi simpang yang salah,maknanya kita gagal lagi.tapi kita masih hidup kan??teruskan lagi berjalan.terus dan terus lagi berjalan..biar kita terjumpa dinding sekalipun,jika kita masih lagi hidup,pecahkan dinding itu dan teruskan lagi berjalan.sampai bila??sampai mati.



percayalah,selepas kegagalan,jika ada usaha yang betul insyaAllah kita akan bertemu simpang yang memberi kebaikan untuk diri kita.simpang yang memberi kita cahaya dan kebahagiaan.ini dinamakan kejayaan.



apa yang kita perlukan sebenarnya adalah...teruskan berjalan.



ya..teruskan berjalan....






racync : berjalan dan terus berjalan..sampai mati.


Monday, October 25, 2010

kamus pelajaran hidup

dalam hidup..xsemua benda kita nak kita akan dapat...





makanya..







bersyukur dengan ape yang ada...teruskan bersyukur...







racync : dok gitu..??

Tuesday, October 19, 2010

dunia muzik angelik

aku tahu,
kita dari dua dunia,
yang punya tempo amat berbeza..
aku tahu,
harmoni kita sangat sumbang,
sangat melayang..
terlontar macam tak siuman,
tersasar macam tak berharapan..
aku tahu,
namun aku tetap macam tu,
tetap seperti dahulu..
menanti muzik yang tersamun hilang...






racync:1minit....siap..!!

Saturday, October 16, 2010

b a j e t ke b a z i r ? ? ?

gua bukan benci kerajaan,waima gua juga bukan cemolot sangat dengan pembangkang..prinsip gua mudah.tiada siapa sempurna.susah nak jupa orang yang tidak terbuai oleh harta dan kuasa.dalam politik,sesiapa yang tak kejam susah nak naik..yang tak kejam tu if dapat jadi penghulu pun da dikira sangat gifted..kejam pada gua bukan dari persepsi jahat,tapi kejam yang baik untuk diri..hard to say ahhh...


ok tu prinsip gua..tapi....



"ko sokong mana?kerajaan ke pembangkang..?" pernah sorang pakcik bertanya.


"saya tengah2..sebab saya tak tau lagi mana yang betul.." gua jawab steady.


"jangan...tu ayat orang takde prinsip.." sekali pakcik tu balas lagi steady.


"kira lu berprinsip sangat la..?fakap!!!" ok.ni gua balas dalam hati.


tadi gua layankan bajet 2011..gua bukan jenis rajin nak layan kan benda2 macam ni.tapi mana tau bajet kali ni boleh mengubah prinsip gua.mengubah prinsip gua untuk kembali percaya pada sosio politik negara..


tapi....ada satu ayat...




"kerajaan akan peruntukkan rm50 juta untuk pejalan kaki berbumbung dari klcc ke bukit bintang.."




errrmmm....rm5ojuta utk buat pejalan kaki je..???






budus.....





racync:trus gua tukar chanel singapore....

Wednesday, October 13, 2010

jiwa intergalaktik seorang racync

hidup dalam pandangan mata akal gua..

jika ditolak nas dan makrifat agama yang agak berat,pada gua hidup ni ada 2 bahagian..cinta dan kerjaya..dan pada gua jika larat,berjaya lah untuk kedua2 nya..dan paling koman pun,berjayalah dalam salah satu darinya..maka jika berjaya dalam kedua2nya,amat bermakna lahir ke dunia ini..jika berjaya salah satu darinya,dikira separuh berjaya..seterusnya jika dua2 bahagian pun tak berjaya,lu akan dikira sampah,bajingan,mati lagi baik dan yang sewaktu dengannya...

lama tak wat entri..

percaya atau tidak,hampir setiap hari gua selak blog ni..terkadang api semangat nak tambah entri bukan kemain,tapi bila nak mula je...jari terhenti,hati seolah2 mati dan macam tiada cerita beerti..

takpe,kali ni gua wat jugak..

berbalik hal di atas,dalam umur suku abad ni (ye gua muda lagi..),dua2 bhagian hidup gua rasa masih tak berjaya lagi..terkadang risau kot2 dua2 pun nanti gua membarai..positifnya,gua bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang telah gua capai..jujurnya,hal cinta gua memang macam ci***..gua pun tak tau nape dunia cinta gua seluruhnya sungguh cilakak..da macam kena sumpah gamaknya..takpe,gua masih ada kerjaya...

so far,kerjaya gua agak terpuji barangkali..gua sudah mula lali pada jatuh turun,kusut masai dunia perniagaan..pernah jatuh berkali2..alhamdulillah,tuhan masih beri kekuatan untuk berniaga semula bulan 5 tempoh hari..dan seluruhnya,gua sangat bersyukur dengan apa yang ada..muda2 gua pun,kadang2 akaun kompeni gua sampai 6angka kuar masuk ringgit..stailo bukan??dan gua berharap,gua akan lebih lama seperti ini..lebih lama merasa manis dari pahit yang dikorbankan selama ini..

gua selalu ingatkan diri gua,kerjaya perlu sentiasa diatas cinta..perlu didahulukan walau dalam apa jua cara..sekali lagi gua ingatkan,biar kerjaya jadi keutamaan,cinta2 ni kendian la difikirkan..

ok.entri kali ni agak serius dan boring.baik gua berenti..




-sekian-



racync:saari panggil gua suh masak nasi goreng..gua nak ingat kan,gua masak memang sedap..sekian

Monday, September 6, 2010

ISU IKLAN:perspektif dari SPEKMATA aku

orait..entri ini ditulis selepas membaca entri obey,kalamul dan s.kencang..banyak lagi blog2 yang bercerita hal iklan bangang ni tapi yelah,malas aku nak baca semua..bukan ada gaji pun.ye dak?

so aku try kupas dari perspektif aku sendiri.satu persatu.aku ulang.ni pandangan aku di dalam blog aku.sukati aku la nak tulis ape..ye dak??


entri obey:
dia suka iklan tu dan tak setuju iklan tu ada pengaruh freemason/illuminati.sedari dulu,obe suka melawakkan isu freemason/illuminati ni.tapi sukati dia la.blog dia kan.dihentam kalamul sepenuhnya.pada dia,semua kalamul tulis tak betul.paranoid semata-mata.ye ke??

entri kalamul:
dia tak hentam sape2.dia cuma berkongsi ilmu.adakah dia paranoid?sejujurnya,aku rasa ya.kat rumusan nanti aku bitau kenapa..

entri s.kencang:
dia tak suka iklan tu.tapi,dia gak tak setuju iklan tu ada kaitan ngan freemason/illuminati ni.senang cerita,pada aku dia ni atas pagar punya orang.macam aku gak la.watpe nak serius serius sangat..ye dak??



rumusan aku:
aku bukan ustaz.tapi aku percaya yahudi ni jahat,musuh orang islam.tengok palestin sudahla.dalam quran pun ada tulis suruh hati hati dengan si jahanam yahudi ni.tentang pandangan obey bahwa freemason/illuminati ni benda bangang je,aku tak setuju.kamon la,dunia da gila babeng kena kontrol ngan yahudi pun tak percaya lagi ke.nak tunggu sampai macam mana??freemason memang ada.kat jhr je ada 2 opis freemason.kat jb dan muar.memang tu persatuan anjuran yahudi..

kalamul,aku tau niat dia baik.nak kita berhati hati ngan agenda freemason.tapi aku tengok ko ni terlebih sangat.memang jelas da macam paranoid bunyi nya.semua benda ko nak kaitkan dengan freemason.sampai kopiah putih pun salah.ada fatwa camtu ke?da macam takut sangat dengan freemason.berwaspada tu tak salah.tapi tak perlu la macam takot sangat dengan freemason ni.takut ALLAH sudahla.sebagus mana yahudi,dia pun makhluk-Nya gak.kan?

erm..iklan tu memang bodoh.ye pun sokong 1mesia,tak payah lah pasal raya pun ko nak 1mesia gak.nak bodek najib pun,agak2 lar celake.sensitif la sikit.tentang ni aku nak puji sikit pasal orang melayu kita (kalau bukan kita orang melayu sendiri nak puji,sape lagi kan..?).melayu da tak bodoh amat.bukan terima bulat2 semua benda macam dolu2.sebab tu isu ni jadi kecoh.so in future,dorang si pembuat iklan ni akan lebih peka la sikit.tahniah melayu..!!

kesimpulan,iklan tu memang bodoh,freemason tu memang wujud dan melayu da tak bodoh sangat2 macam dolu2...




racync:tulis entri ni sambil tengok arjuna..cerita ni entah hape hape la..malu la aku jadi anak melayu kalau betul nenek moyang aku dulu pakai kostum macam dorang ni...haha

Friday, September 3, 2010

kat mesia je kafir masuk masjid pun ramai yang jakun

isu ni memang tengah tiptop skang nih....da sampai ke level klaka dah..xpe gua bagi ustaz gua tolong jawab....tq ustaz..




selamat hari merdeka....










racync:kepada gomen....ingat da 53 taun merdeka nih melayu masih bodoh amat ke....

Saturday, August 28, 2010

FYI = for your information

ok.gua admit arituh gua lepak borak2 ngan sorang besfren gua sampai pukul 3 pagi.oleh kerana memasing dah dewasa,topik perbualan agak ke arah brader brader.dari cerita pasal masa depan yang suram,makbapak yang kadang2 susah nak paham kehendak anak anak zaman siber,sampai taun bile nak menipu panjat gunung,hisap rokok banyak sangat boleh cepat mati sehinga cerita gua yang tengah gatal nak bertunang....



sebelum acara mengeteh tu kitorang sempat layan the expandable sepam.mungkin sebab cerita tu agak culas dan sarat bunuh membunuh pengisiannya,membuatkan kami agak serius seusai cerita tersebut.dari panggung hingga ke parking,dari parking hingga ke kedai makan,semuanya dilakukan dengan genre yang agak serius.perbincangan agak berejam.semuanya dilakukan dalam suasana ketegangan dan sedikit ilmiah barangkali...

gua kata "kita akan kecewa jika mengharapkan kesempurnaan.kesempurnaan tak mungkin ada..."

dia kata "aku tak mengharapkan kesempurnaan,aku cuma mencari keserasian..dan aku insaf,sebab selalu tipu ayah ngan ibu aku pegi panjat gunung,,,"

sedih bukan...???jadi pada sesiapa yang ada masalah kehidupan,sila sms atau miskol kami di talian 07- bla..bala..bla..dalam segmen keng i helk u...babai..


cerita asal - FYI, dulu gua ingat F.Y.I tu short f**k u id**t



racync:kesempurnaan takkan ada tapi keserasian tu ada di mana mana....jangan putus asa,,..

Sunday, August 15, 2010

kita akan kecewa jika mengharapkan kesempurnaan


aku sentiasa tegur diri aku agar sentiasa amalkan diplomasi...maksud aku sentiasa terima kelebihan dan kekurangan..sentiasa memaafkan..sentiasa faham sesiapa pun ada kekurangan,termasuklah diri aku sekali..




ayat direct,semua orang tak sempurna...so jika kita mengharapkan kesempurnaan,kita komfem akan kecewa...




tak mungkin akan ada...mak abah yang sempurna..yang sentiasa tau menegur ikut citarasa kita+senyum sepanjang masa+tak pernah lupa bagi duit belanja....dorang pun manusia biasa macam kita...yang terkadang bila temper,lupa segala...





mustahil akan ada....kawan yang akan sentiasa faham kita+menjaga hati kita sepanjang masa+selalu ada masa temankan kita....paling koman,sesekali mesti ada kutuk belakang,buat cerita bukan2 ke,tikam belakang....alah...sama je macam kita....




tipulah kalau ada....kekasih yang kalah malaikat perangainya...yang tau masak +semayang cukup+terer main game bola+tak pernah mengumpat+pandai berjimat+takde flirting ngan org len+sentiasa ayu+kentut tak bunyi+rajin mandi+tak pernah romen2.....semuanya cukup dalam satu masa...realitinya mesti ada lebih,ada kurang punyala...sama je macam kita..kan?kan?




aku bogel lar kalau ada....parti politik yang cukup semua bila ada kuasa..yang ahlinya langsung tak rasuah+tak main kroni2+tak mandrem sana sini+tak mengutuk,mengeji....agak2 lah woi....dorang suma pun manusia biasa la...same macam kita...




hakikatnya,yang kita duduk sekarang ni namanya dunia...ingat...dunia tiada kesempurnaan,takkan mungkin boleh adil untuk semua...ingat...kita akan kecewa,jika mengharapkan semua sempurna untuk kita....




untuk aku,dan siapa2....hanya ALLAH yang sempurna...





racync:bulan ramadhan ni,entri pun mestila yang relegi...dok gitu...




Monday, July 19, 2010

demo di surau al-irsyad,tmn delima 2 (entri kurang ayat)

event ni dalam 3 minggu lepas...kitorang mendapat jemputan buat demo kat surau nih...1 lagi hari cuti yang terpaksa dikorban kan.....







ok...papai!

Thursday, July 15, 2010

karnival kodana,danga bay (entri plg byk gmbr,plg kurang ayat..)












































sesampai dari moses mabhida aku terus bizi macam biasa..tak sempat langsung nak tangkap ikan ke,panjat gunung ke,scuba diving ke,mencari lokan di tepian lido ke,masuk gua tengok kelawar dan len2 event mengarut yang sewaktu dengannya..event ni da sebulan tapi baru sekarang aku sempat up....
ok..paling banyak gmbr,paling kurang ayat.......papai!
sang bicara:umah da pasang brokben.....yeahhhhhhh,.....

Saturday, June 19, 2010

hujung minggu yang sungguh pretoria


lama gua tak buat entri..pikir jap.....


~~~



~~~~



ok.badan gua penat.perjalanan dari mbombela ke moses mabhida semalam sikit lagi nak wat gua lumpuh sebelah badan.senang citer,lagi seposen nak macam maradona pakai tie.menjak2 nih memang gua bizi.err,sebenarnya xdela bizi mana cuma agak lama gua tak all out ini macam.bayangkan.movie paling latest gua tengok pun karatekid.tu pun seb baik si besfren gua wondergirls sibuk mengajak.untuk gua,kalau lebih seminggu tak turun tengok movie da kira tersangat guten tag rasanya.fizikal gua penat.mental gua yarabbi.rasanya kalau dapat baring kat tepi pantai cape town mesti refresh forlan badan gua.



~~~



jap.lama tak wat entri.pikir lagi...




~~~


bangun pagi arini,gua rasa bafana bafana.kadang2 gua pikir.gua ni krisis pertengahan usia ke haper.tapi gua baru 26 ini taun.masih macam messi.weekdays gua keje pagi sampai malam,weekend gua main game sampai viva la raza.que pasa??takkan la sebab takde makwe.bertaun takde ok jer.dan arini,weekend gua sungguh tipikal forza.rasanya gua ni idealis,bukan pragmatis.walaupun gua dah bersungguh tak mau jadi wenger.vorsprung!!!



~~~



malam ini gua rasa gua tetap korea.south atau north itu gua tak endah.bak kata gelson fernandez,apa ada hal.weekend ini,rasanya gua tetap cuba untuk la furia.dari swiss sampai mexico,dari ezra sampai ke eboue.mungkin akhirnya ke loftus versfeld.


sieg heil!!!








sang bicara:entri sempena piala dunia.....