Wednesday, January 4, 2012

haramkah demokrasi ?




lately ada kecoh tentang demokrasi ini haram,sistem khalifah saja yang betul..ada ulamak yg mengharamkan kita mengundi,ada yang kata harus..


nampak tak ?


pasal mengundi pun da bole buat umat islam berpecah belah..


pada aku ?



ada nabi sembelih anak,tak salah..


ada nabi bunuh budak,tak salah..


tak salah sebab,mereka buat kerana Allah..




makanya,jika kita mengundi kerana Allah..salah ke ??

Tuesday, January 3, 2012

dunia baru




Selepas kawen,memang jarang aku buat entry..nak aku jujur?selepas kawen,dunia aku macam dunia baru.paradigma beranjak serelatifnya.susah untuk aku sesuaikan diri.sampai kawan-kawan rapat pun aku jarang jumpa.ada yang sampai merajuk.walhal sebenarnya,mereka-mereka aku sayang.


bisnes agak perlahan tapi alhamdulillah,aku masih bertahan.


dan blog ini tiada lagi "aku bukan freemason" setelah aku ditakdirkan berjumpa dan berbual dengan ahli kumpulan itu sendiri.gila kan?


insyaallah,transisi perubahan ini akan berterusan.


maaf.blog ini akan menjadi lebih serius dan matang.kerna kini aku gigih mencari kebenaran.tentang tuhan,agama dan bangsa.


ini bukan main-main.


banyak rahsia aku kupas untuk kebenaran.untuk entry pertama ni,aku cerita basic tentang kebenaran.




"kebenaran adalah sesuatu yang sukar diterima akal."



entry seterusnya akan aku ceritakan lagi.


perlahan-lahan...

Wednesday, July 13, 2011

B E R S I H




setakat ni,gua belum lagi join mana mana parti politik.gua orang berniaga,tak handal politik.tapi gua tau politik ni penting.contoh tokoh politik yang gua kagumi adalah rasulullah sendiri.baginda bijak memimpin.adil seadil adilnya.


di negara kita,jika lu orang ada rasa kurang senang dengan kerajaan,contohnya tak suka bila najib abiskan rm85 juta duit rakyat untuk bina stadium bola felda,ada saluran dan cara yang baik untuk korang suarakan pendapat korang.contohnya korang boleh tulis surat pada berita harian @ utusan,report pada ketua kampung,kalau dia tak layan try report pada wakil rakyat.nanti wakil rakyat korang tu akan pegi opis perdana menteri dan sampaikan hal ni.nanti PM akan baca aduan korang dan ambil tindakan secepat mungkin.


atau pun,


korang report kat polis ke,SPRM ke,mengatakan menghabiskan dekat rm100 juta wang rakyat untuk bina sebuah stadium bola sangat lah bodoh,membazir dan tak masuk akal.lepas tu dorang akan ambil tindakan pasal benda tu secepat mungkin.


cuba la..kamon.....kerajaan kita kan adil dan baik...




racync : entri pertama selepas kawen...kah kah