Friday, October 30, 2009

sekadar muzik,cinta yang diniaga...


terhenti lama memanggu..........


ye kan..kenapa aku terus memilih bisnes,muzik dan cinta untuk dibicara.politik??tak mau..aku kuat mengatakan politik itu sangat penting namun aku jijik padamu.namun kerana kehandalan ilmu politik, islam menjadi raja dunia dahulu.sementelah kerana buta politik la orang islam semakin diandaikan..opsss..aku xsuka cerita politik..


lama menyingkap diri.ape arah diri..jalan memang pelbagai.tetapi kemana ingin berdiri.tolak kanan dan kiri,aku tetap pilih yang ini.bisnes.aku suka ini..banyak cerita dibaca.tentang bagaimana ingin berniaga.tentang kejayaan ramai perwira (peniaga yang berjaya pada aku perwira)..tentang madah pujangga mereka.kunci atau segala..mungkin itu bakal dibicara..


kenapa muzik??aku suka muzik.jangan tanya muzik ape.aku hanya suke muzik.pada aku muzik itu mudah.indah.tetapi jika difikirkan terlalu akannya.muzik itu jadi gundah..oh.mungkin kerna usia.kini pabila mendengar lagu(muzik+lirik?),aku lebih berat pada liriknya.biar lagu itu sedikit cuma.tp jika liriknya menikam jiwa.itu lagu muzik yang aku suka..


cinta sengaja yang nombor 3..sekarang dah faham kan.seperti yang lain aku suka cinta.tapi malu berkata..cinta pada tuhan (paling utama),sesama manusia,alam dan sekitarnya..aku memang cintakan cinta..ini mungkin sedikit dibicara..tetapi fahamkan..


akhirnya kerana ini lah aku bicara sekadar muzik,cinta yang diniaga...


sang gelora : sedikit..tapi mula nampak arah ini...






Thursday, October 22, 2009

definisi mencari konklusi

Al mukadimah..setelah berfikir panjang akhirnya aku ade semua ini.sejujurnya,aku hanya ingin mencari suatu medium untuk meluah ekspresi diri terhadap apa yang terjadi.mencari ruang utk lebih memahami.berdiskusi walau hanya diri sendiri.jujurnya lagi,aku hanya menyisip 2 blog rkn baikku untuk dijadikan pegangan sebelum memulakan empunya diri.wantos dan jo.aku suke memerhati.menilai.hanya sekadar penambah utk ape yang perlu ditambah.karektor utk 2 penulis ini berbeza.satunya sgt bertenaga dan sarat dengan gelora seorang berdarah muda.walau aku tau hatinya bagaimana.satunya lagi lebih tenang dan dewasa.cukup rencah dan secukup rasa.

konklusinya,aku ingin berada di antaranya...

hairan.pabila siap mempunyai semua ini baru aku perasan aku tiada ape untuk dibangga.tiada apa y sronok utk dibaca.jadi ape yang ingin ditaja??

3 perkara.mungkin ini pengisian ruang ini kelak.bisnes,muzik dan cinta..

sang gelora : semoga ade utk dibicara..