Thursday, December 24, 2009

bisnes : modifikasi tranmisi kronik


hahaha,

semua kerangka nak berlumba,

nak sangat jadi siber,

air naik ke kepala,

darah tinggi jadinya..



hihihi,

macam mana boleh lupa,

jika semua picu kuasa,

tarik gear sampai geli gila,

terapi apa pun tak rasa..



jiwa triptonik,

tukar jadi automatik,

tujah gunalastik,

terpelanting dinamik drastik..



deru supersonik,

turbo punca kuasa,

radian tragedi menarik,

korek semua titiknya..



graf silangkata,

guna ringgit kassorga,

picit sampai melata,

meleleh kanopi deria..



baiklah...



sudah tau tak apa,

jangan sekali nak bertanya,

progresif sumber efektif,

formasi intonasi kreatif..



sang bicara : sesekali nak jadi rebel...jo..sila balas...

Monday, December 21, 2009

bisnes:kelam ke ribut

"
"
"
"
dulu memang pernah,


nak makan pun payah,


sampai kawan kena sedekah,


tu pun sebab menyampah..





mana boleh lupa,


dulu pernah sengsara,


sikit lagi jadi gila,


dunia ini dah macam neraka..





aku panjat pelan-pelan,


aku dayung naik sampan,


semua sakit aku tahan,


janji makan tak kempunan..





oh..





dulu kelam kini dah ribut,


sampai pening campur serabut,


sampai goyang kepala lutut,


sikit lagi nak dapat semput..





kelam ke ribut,
moga semangat takkan luput..

sang bicara : pernah kelam dan juga ribut...ribut pun boleh jadi kelam..roda sentiasa berputar..

Thursday, December 10, 2009

muzik : permysuri-radhi oag





Imajin aku Tvmu

Transmisionku terbit untukmu

Dramaku produk khas siaranmu

Trans-sonet gelora Satelit Chinta


Imajin aku radiomu

Intermisionku orbit untukmu

E-ramaku rekord khas hiburanmu

Inter-planet kejora Ke marikh asth-mara


WO’o'ooper-MY-suri rumahku

per-My-suri radarku

per-MY-suri syurgaku.. wO’o'oo

Yang teristimewa


Imajin aku Vjmu

Transvisiku terbitan untukmu

Karaktorku ilham khas pedomanmu

Trans-fonik gelora satelit chinta

Imajin aku Djmu Intervisionku orbit untukmu

Metaforku iltizam khas buatmu

Inter-sonik kejora Ke-marikh asth-mara Wo’o'oo
sang bicara : kita perlukan lebih ramai seniman seradikal dia....

Thursday, December 3, 2009

muzik : mati hidup kembali - butterfingers


Jalan raya terlampau sunyi,


Untuk ku terus bermimpi,




Mataku belum mengantuk lagi,




Bawa ke mana sahaja kupergi.




Tunjukkan ku bulan gerhana,




Tiada siapa nak kujumpa,




Pendirian tiada kusangka,




Tak mengapa oh tak mengapa.




Malam semalam gundah gulana,




Hari ini hari mulia,




Tak pernah daku rasa begini,




Seperti mati hidup kembali.





Bawakan kuhilang dari ingatan,




Hari ini sehingga esok,




Tak pernah daku rasa begini,




Seperti mati hidup kembali.





Angkasa penuh dengan berlian,




Kucapai sebelah tangan,




Sebalik awan ada cahaya,




Bercahayalah selamanya.





Daku tertawa seorang diri,




Darah yang mengalir terhenti,




Fikiranku melayang-layang,




Tiada siapa yang perasan.



***muzik ringkas tetapi bersulam lirik penuh logikal buat sesiapa yang pernah tewas...buat hati yang penuh sunyi namun mahu terus di isi agar tercipta sesuatu yang dipanggil harapan...
sang bicara : penghormatan buat band yang selalu aku dendang..

Monday, November 16, 2009

bisnes : Tak Payah Berniaga! -- apokalip nusa bangsa


'

'

'


mak kata,

jadi tentera,

jadi bomba,

biar selesa,

tapi ingat anakku,

tak payah berniaga.



abah kata,

kerjalah di jabatan awam,

atau jadi peguam,

cuba jadi doktor,

tak payah berniaga,

mereka semua pengotor.



hingga semua berkata,

tak payah berniaga,



suatu masa,



suatu ketika,

mereka lupa hasilnya,

apokalip nusa bangsa..



'

'

'


sang bicara : buat bangsa yang aku sayang gila...

Friday, November 13, 2009

cinta : we better this way

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

since when i know you,
for the things that we've been through,
let's chill and stay,
we better this way.

hard to say and remember,
hard to breath like forever,
between in sweet and sour,
just feel more than a shaver.

yes i'm proud to loving you,
to share everything in a something new,
hold it black and blue,
even thou we more like a crew.

take my hand and clap this land,
even in pain,snow and rain,
feel it when ever sick or blend,
but still to say,
we better this way.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sang bicara:seikhlas bicara...ruang ini hanya untuk bahasa ibunda..namun terkadang sedar..ide yang menimpa bukan hanya satu suara dan rupa..apa pun..indah kan bahasa??

Thursday, November 12, 2009

cinta : terus aku diam

::::::khas buat seorang teman::::::

tiba-tiba hujan turun,
bersama hati yang meruntun,
namun jiwa tetap kosong,
walau aku diteropong.

jika aku intan,
aku mahu kau berlian,
bercahaya sepanjang zaman,
dan...biar aku tetap intan.

jika aku pahlawan,
engkaulah srikandi pilihan,
setiap pelusuk kita tawan,
lalu megah berpimpin tangan.

namun....

hujan masih turun,
damai bersopan santun,
semuanya terang,dalam dan kelam,
terus aku diam...biarkan hati tenteram.


sang bicara:semoga persahabatan berkekalan...

Tuesday, November 10, 2009

bisnes : dari gelang patah ke bandar jengka..

minggu ni aku mula kerja baru..ahh..bole kata hidup baru..atas pujukan kawan sekian lama akhirnya aku terima juga walau hati dalam dilema.naik kereta terus pergi kuala lumpur.singgah kuala lumpur.jumpa bos baru dapat orde.dapat barang terus gerak ke bandar jengka.

sepanjang jalan..sungguh sepanjang jalan rasa teruja.tak tau kenapa tapi aku suka.kembara begini memang dalam cita-cita.sampai bandar jengka(alhamdulillah).tengok tempat berniaga.hampa sebab kontraktor masih ada di sana.bermakna masih belum siap semua.

pergi makan..tengok bola(m.u lwn chelsea).dah kenyang.pergi semula ke sana.memang dah tak boleh buat apa.pergi terus hotel.nak masuk bilik,mandi sembahyang,tidur.baru keluar kereta.nampak lembaga ini.orang baik kata khinzir.3 ekor.terus lari masuk bilik.memang da penat.tapi sempat.mandi,sembahyang,tidur...

bangun masa subuh..kenapa kan.memang rasa itu melawan.ada pintu belakang.buka.bilik atas bukit.subhanallah..indahnya bak hiasan.yang biasa lihat dalam lukisan.

fikir balik..aku dah ada di jengka...

sang bicara:kampung masih di kepala..

Friday, October 30, 2009

sekadar muzik,cinta yang diniaga...


terhenti lama memanggu..........


ye kan..kenapa aku terus memilih bisnes,muzik dan cinta untuk dibicara.politik??tak mau..aku kuat mengatakan politik itu sangat penting namun aku jijik padamu.namun kerana kehandalan ilmu politik, islam menjadi raja dunia dahulu.sementelah kerana buta politik la orang islam semakin diandaikan..opsss..aku xsuka cerita politik..


lama menyingkap diri.ape arah diri..jalan memang pelbagai.tetapi kemana ingin berdiri.tolak kanan dan kiri,aku tetap pilih yang ini.bisnes.aku suka ini..banyak cerita dibaca.tentang bagaimana ingin berniaga.tentang kejayaan ramai perwira (peniaga yang berjaya pada aku perwira)..tentang madah pujangga mereka.kunci atau segala..mungkin itu bakal dibicara..


kenapa muzik??aku suka muzik.jangan tanya muzik ape.aku hanya suke muzik.pada aku muzik itu mudah.indah.tetapi jika difikirkan terlalu akannya.muzik itu jadi gundah..oh.mungkin kerna usia.kini pabila mendengar lagu(muzik+lirik?),aku lebih berat pada liriknya.biar lagu itu sedikit cuma.tp jika liriknya menikam jiwa.itu lagu muzik yang aku suka..


cinta sengaja yang nombor 3..sekarang dah faham kan.seperti yang lain aku suka cinta.tapi malu berkata..cinta pada tuhan (paling utama),sesama manusia,alam dan sekitarnya..aku memang cintakan cinta..ini mungkin sedikit dibicara..tetapi fahamkan..


akhirnya kerana ini lah aku bicara sekadar muzik,cinta yang diniaga...


sang gelora : sedikit..tapi mula nampak arah ini...






Thursday, October 22, 2009

definisi mencari konklusi

Al mukadimah..setelah berfikir panjang akhirnya aku ade semua ini.sejujurnya,aku hanya ingin mencari suatu medium untuk meluah ekspresi diri terhadap apa yang terjadi.mencari ruang utk lebih memahami.berdiskusi walau hanya diri sendiri.jujurnya lagi,aku hanya menyisip 2 blog rkn baikku untuk dijadikan pegangan sebelum memulakan empunya diri.wantos dan jo.aku suke memerhati.menilai.hanya sekadar penambah utk ape yang perlu ditambah.karektor utk 2 penulis ini berbeza.satunya sgt bertenaga dan sarat dengan gelora seorang berdarah muda.walau aku tau hatinya bagaimana.satunya lagi lebih tenang dan dewasa.cukup rencah dan secukup rasa.

konklusinya,aku ingin berada di antaranya...

hairan.pabila siap mempunyai semua ini baru aku perasan aku tiada ape untuk dibangga.tiada apa y sronok utk dibaca.jadi ape yang ingin ditaja??

3 perkara.mungkin ini pengisian ruang ini kelak.bisnes,muzik dan cinta..

sang gelora : semoga ade utk dibicara..