Thursday, November 12, 2009

cinta : terus aku diam

::::::khas buat seorang teman::::::

tiba-tiba hujan turun,
bersama hati yang meruntun,
namun jiwa tetap kosong,
walau aku diteropong.

jika aku intan,
aku mahu kau berlian,
bercahaya sepanjang zaman,
dan...biar aku tetap intan.

jika aku pahlawan,
engkaulah srikandi pilihan,
setiap pelusuk kita tawan,
lalu megah berpimpin tangan.

namun....

hujan masih turun,
damai bersopan santun,
semuanya terang,dalam dan kelam,
terus aku diam...biarkan hati tenteram.


sang bicara:semoga persahabatan berkekalan...

1 comment:

  1. nak jadi pahlawan ke?
    badan penuh besi tu.....
    macam mana nak nak kira?



    ke jadi pahlawan mcm org putih?
    robocop?
    aci dak? hihihihihi....

    ReplyDelete

sebelum komen bismillah dulu ...