Wednesday, July 13, 2011

B E R S I H




setakat ni,gua belum lagi join mana mana parti politik.gua orang berniaga,tak handal politik.tapi gua tau politik ni penting.contoh tokoh politik yang gua kagumi adalah rasulullah sendiri.baginda bijak memimpin.adil seadil adilnya.


di negara kita,jika lu orang ada rasa kurang senang dengan kerajaan,contohnya tak suka bila najib abiskan rm85 juta duit rakyat untuk bina stadium bola felda,ada saluran dan cara yang baik untuk korang suarakan pendapat korang.contohnya korang boleh tulis surat pada berita harian @ utusan,report pada ketua kampung,kalau dia tak layan try report pada wakil rakyat.nanti wakil rakyat korang tu akan pegi opis perdana menteri dan sampaikan hal ni.nanti PM akan baca aduan korang dan ambil tindakan secepat mungkin.


atau pun,


korang report kat polis ke,SPRM ke,mengatakan menghabiskan dekat rm100 juta wang rakyat untuk bina sebuah stadium bola sangat lah bodoh,membazir dan tak masuk akal.lepas tu dorang akan ambil tindakan pasal benda tu secepat mungkin.


cuba la..kamon.....kerajaan kita kan adil dan baik...




racync : entri pertama selepas kawen...kah kah

Wednesday, February 9, 2011

gua rasa macam takde harapan #2. . .


waktu johor tengah dihujani air hujan hari hari tempoh hari,gua terpaksa pergi senawang...


dari jb lagi hujan lebat,sejuk ya amat..


da sampai area yong peng,masih lagi hujan,masih lagi sejuk...


sampai area pagoh,hujan lagi...nampak air je kiri kanan...sejuk....


"

"

"

"

"

"


pastu gua terfikir.....nicol david dari umo 4 tahun da main squash..chong wei dari darjah 2 da main bekminton wakil sekolah..tiger wood??umo 5tahun da main golf..tiz zaqyah???ah.tu rahsia kami berdua...



da tu umo macam gua nak main sukan hape menda yang bole jadi world champion???



"

"

"

"

"


hujan turun sampai senawang....gua terus sayu...







racync:nasib baik centre centre gua tak banjir....



Monday, January 31, 2011

gua rasa macam takde harapan...




nak tau dak...selama hidup gua kat johor ni,tak pernah dengo pun johor ni ade tempat bernama tenang....gobok,gebor ke penah la gua dengo...



malam ni gua terfikir...ade chance ke nak merasa nik aziz jadi PM....




tetiba gua macam sayu...









racync: da 3 ari ujan kat jb...huh!!

Saturday, January 22, 2011

P E R S I M P A N G A N



dalam kehidupan,terdapat banyak persimpangan..banyak sangat,sampai memang susah mahu kira.jangan la lu orang tanya berape banyak,nanti gua lempang..


panggg!!!!



haa...kan da kena lempang.gua da cakap jangan tanya.ah lu yang pakai baju oren,nak kena jugak??



ok duduk.bagus...



orite.sambung balik pasal simpang tadi.makanya, kita mesti kena membuat pilihan terhadap pilihan simpang-simpang yang ada..susah kan.sebab kadang kadang kita tak tahu simpang mana yang terbaik untuk kita,simpang mana yang memberi kita cahaya,simpang mana yang bakal menerangi kegelapan kehidupan kita.apa yang gua paham,suka atau tidak,pasti ada masanya kita tersilap memilih simpang.kemudian kita cuba memilih yang betul pula tapi tersilap pilih lagi dan silap lagi dan lagi dan lagi.akhirnya ape yang kita jupa adalah sebuah dinding.pada yang slow,bile kita jupa dinding maknanya da takde simpang lagi.pastu kita rasa macam hidup ni da berakhir.dunia rasa kosong dan tiada lagi apa yang kita panggil harapan.



tapi kan,..kalau kita da cukup matang,sebenarnya selagi kita hidup dunia ini masih belum berakhir (ah gua terngiang lagu shaden-dunia belum berakhir).hakikatnya,memang tak dapat elak ade ketikanya kita memilih simpang yang salah,dan ini dinamakan kegagalan.jangan berhenti.teruskan berjalan.jika terpilih lagi simpang yang salah,maknanya kita gagal lagi.tapi kita masih hidup kan??teruskan lagi berjalan.terus dan terus lagi berjalan..biar kita terjumpa dinding sekalipun,jika kita masih lagi hidup,pecahkan dinding itu dan teruskan lagi berjalan.sampai bila??sampai mati.



percayalah,selepas kegagalan,jika ada usaha yang betul insyaAllah kita akan bertemu simpang yang memberi kebaikan untuk diri kita.simpang yang memberi kita cahaya dan kebahagiaan.ini dinamakan kejayaan.



apa yang kita perlukan sebenarnya adalah...teruskan berjalan.



ya..teruskan berjalan....






racync : berjalan dan terus berjalan..sampai mati.