Friday, April 30, 2010

:::befday kiah:::

event:befday kiah
lokasi:Rawa Steamboat,taman daya.


orait ini event dua minggu lepas..meh tengok antara gambo yang ada...




lokasi yang sangat ramai orang.faiz punya cadangan.tapi memang terbaik..





antara yang direbus.yela nama pun steambot kan...




bergambo dulu sebelum potong kek katanye...



kiah tengah baca mandrem nak potong kek guna aura mata.dah pesan dah mana boleh camtu.but she wont listen carefully...




akhirnya dia mengalah jugak..potong cara konvensional..


senyuman listrikmu...amacam???



aku baru lepas potong rambut..dah2..diam!diam!

**in the end memang kenyang sampai tak cukup napas gak aritu.semoga panjang umo,dimurahkan rezeki..hait!

sang bicara:ngam2 entri yang ke-10 untuk bulan ni...

Wednesday, April 28, 2010

perhimpunan perdana palestin - 8 mei 2010



seikhlas hati,
aku juga risau,sedih dan kasihan,
tapi tiada terdaya kudratku,
hanya mampu mendengar,membaca dan melihat tangisanmu,
seperti ramai saudaramu yang lain.

seikhlas hati,
berdetik hati kecil ku ini,
sampai bila kalian mampu bertahan,
dari seksaan dan dugaan yang ditempuhi,
yang terus menerus akan kalian tempuhi.

saudaraku sayang,
harap sabar,harap diteguhkan ketaqwaan,
menanti kebangkitan sekalian umat,
seperti yang telah ALLAH janjikan.

hanya doa dariku..

seikhlas hati,
aku sayangkan kamu..






sang bicara:semoga dipermudahkan..amin...

Tuesday, April 27, 2010

untitled ~~~~


~~~~ 3-4 ari lepas member aku sms...



"Dh kena ni spurs 1-2.haha." member sms.




"ala penalti 2 bijik bole la.." ni bukan sms.aku cakap dalam hati jer.



~




~~~



~



jhiyguygijhiuguygiii!!!!!!!!!!




sang bicara:tak campur arr.....


Thursday, April 22, 2010

bacalah! bacalah! bacalah!

lately aku rajin gak la baca buku.lagipun aku memang suka membaca.cuma masalahnya aku tak rajin je membaca.alah..apa ni.tapi faham kan.suka dengan rajin tu lain.macam bijak dan pandai,pun lain..



bulan depan aku akan harungi a new chapter dalam hidup aku.berjaya ke gagal,aku tak tau.tapi fikir2,buat apa nak takut.langgar jela.hidup memang macam ni.kita kena cekal,tabah.harungi hari demi hari.sebab mati bila pun tak tau.



paling penting,gagal tu bukan haram jadah sangat.pada aku manusia tu patut malu jika dia tak pernah rasa gagal.makna kata,jika tak pernah gagal,macam dia tak pernah usaha apa2.jangan tanya aku pasal gagal.banyak kali dah.tapi ni jalan yang aku pilih.dan lepas ni aku tau banyak lagi kegagalan yang akan aku rasa.sebelum aku rasa manisnya berjaya.bila gagal,bangun balik.apa susah.kan??



ok balik pada story pokok.ini buku kawan aku.entah bila dia beli pun aku tak tau.entah bila dia suka baca buku pun aku tak tau.tapi buat apa aku nak fikir semua pasal tu?yang penting aku dapat baca free.makanya, persetan itu semua.



bila capai je buku ni.aku selak lebih kurang(macam biasa).ayat pertama yang aku baca(m/s 40):


"pemimpin yang pandai hanya mempercayai sebahagian daripada apa yang mereka dengar.pemimpin yang bijak pula tahu bahagian mana yang boleh dipercayai."
-john c. maxwell-



ini bukan terjemahan.memang buku ni versi bahasa melayu.


terus.


buku ni mesti best!!meh join baca..










sang bicara:jarang baca buku sampai habis...

Friday, April 16, 2010

rokok = yahudi


5 FAKTA ROKOK NI JAHAT MACAM YAHUDI!!!



  • setiap 8 saat,seorang mati akibat penggunaan tembakau.



  • secara purata,setiap batang rokok akan memendekkan 5minit hayat seseorang.



  • terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap rokok,yang mana 2000 daripadanya adalah toksik,63 adalah karsinogenik (apekah??),dan selebihnya adalah bahan2 yang boleh menyebabkan kerengsaan.



  • 90% daripada kematian semua pesakit kanser paru2 adalah disebabkan merokok.



  • nenek aku,82 tahun,merokok dari umur 15 tahun (dunhill ok!) dan kini hidup je lagi.


**

orait.fakta last tu aku tambah sendiri untuk sedapkan hati.tapi,tetap fakta tau.aku seorang perunding kesihatan.kira banyak hal2 berkaitan kesihatan kerut muka sikit je da boleh jawab.tetapi juga seorang perokok.cehh!!harapan terpaksa disandarkan pada bakal bini aku untuk paksa aku berenti merokok.




***

"jika saya merokok,awak kena marah,ugut tak layan ke,mogok tak masak ke,apa sahaja asalkan saya berenti.tetapi disulami kesusilaan seorang isteri lah ye..." <-- ayat untuk futurewife aku.ehem2.





sang bicara:kena abes 2 batang untuk siapkan entri nih...

Thursday, April 15, 2010

spurs 2 - ahsengal 1




tottenham hotspur 2 - ahsengal 1




ok saje nak selit pasal bola.ini game malam tadi.mungkin ramai tak tau,atau buat2 tak tau,hakikatnya aku superdamnfan spurs.peduli la kalau aku sorang je pun yang minat spurs.kemenangan ni membuatkan spurs lagi seposen jer nak jadi big four season nih.hoorey!!jaringan daripada wonderkid danny rose (m-10) dan gareth bale (m-47).dua2 under 2o wey...gol ahsengal aku tak ambil peduli.overall credit untuk goakeeper heurelho gomes yang banyak giler save bola.aku da cakap dulu kan ko memang boleh pergi jauh.kepada manager super harry,senang2 roger ar kuar minum.aiceh!

*1st gol*yang tengah gelap2 tu danny rose.tengok.gumbira kan dia

sang bicara:semoga korang dapat masuk champions league...keh2



Tuesday, April 13, 2010

kuasa kebijaksanaan


cerita1


bangsa yahudi datang ke tanah besar amerika pada kurun ke 16 seramai tak sampai pun 20 orang.pemerintah pada awalnya ingin membunuh sahaja mereka mereka ni.tetapi,dengan kebijaksanaan,mereka survive.kini,90% bank yang ada di amerika adalah milik bangsa mereka,hollywood totally mereka yang punya,populasi mereka lebih dari 6 juta orang,menguasai sosio politik amerika serta menjadi raja dunia!!



cerita2


raja gula malaysia,tan sri robert kuok hock nien datang ke tanah melayu sehelai sepinggang.beliau pada masa itu,tidak tahu membaca malah tak sekolah pun.itu zaman,if tanya kat dia malaysia merdeka tahun bila pun mesti dia buat2 tekan henset.kini,beliau merupakan orang terkaya di asia tenggara.aku syak la,sampai sekarang cakap melayu pun dia terabur lagi.ironi bukan.



cerita3


dato' siti nurhaliza,dahulunya cuma ada SPM,kecik2 jual kuih,cakap inggeris yes no thank you je yang dia tau.suruh la dia selesaikan soalan trigonometri.aku tak konfiden dia boleh jawab.tetapi kini,siti merupakan artis paling berjaya dalam sejarah malaysia ever!!! (cayang kakak...)



cerita4


mengikut statistik,lebih 60,000 orang graduan tiada kerja.itu belum kira lagi bekas graduan yang cuma kerja mactonald,tolong mak jaga kedai runcit,part time MLM,buat band indie.walhal dulu SPM 7,8 A.jika dulu,time raya senyum2 senang hati bila jumpa sedara-mara.kawan2 nak tiru time exam kat universiti pun dia buat dang jer.kini,nak hadap sedara pun segan,nak jumpa kawan2 pun malu2 kucing parsi,sebabnya memang sedar diri tak jadi hape!




akhirul kata


BIJAK dan PANDAI,pada aku sesuatu yang sangat berbeza.nak berjaya,pandai sahaja tak cukup.semua tu perlukan kebijaksanaan.di sekeliling kita,tidak kira budak U ke,budak tak abes sekolah ke,bilal surau ke,geng2 3line ke,semua ada potensi untuk berjaya.ada potensi untuk pakai kereta besar,rumah besar,bini besar.asalkan,bijaksana.bak kata karam singh, "baru hendak bertunas sudah dipetik,lama2 matilah pokoknya.."...aiceh




sang bicara:hari2 usaha nak bertambah bijak...


Friday, April 9, 2010

pengaruh terbiasa


seluruh,tapi bukan semua.seerti,bukan sejiwa.menadah muka,menerkam hati-hati.hidup suatu keputusan,yang pernah,tengah dan akan dirasa.bukan semua perlu benar,tetapi biar bukan cuma halus.

terbit sebuah entri.

jika suatu hari,bulan bicara tiada henti.tiada kelibat penjaga hati.tiada terlihat suku kami.perlu di ingat apa yang mesti.dicabik satu-satu,dilerai bersepadu.moga semua selamat,ditempatkan dan beroleh rehat.

cuma sebuah entri.

pelik,bukan sebudaya.halal haram,bukan semua.jika dipijak dahulu kala.jangan disisih,buatkan siaga.sepaku,jadi merapu.setiap kata,disembah rupa.maafkan.moga selalu dipertemu.

akhir sebuah entri.





sang bicara:kemeja biru itu aku..

Wednesday, April 7, 2010

bulan keputusan


bulan ini.ada beberapa keputusan sangat penting yang perlu aku buat.

kepala agak serabut.tido agak tidak lena.fikiran kusut tak tentu hala..

indahnya..jika aku ni macam org lain.tak peduli hati sesiapa...

kawan aku pernah tegur..

"setiakawan ko tinggi sangat.."

mungkin...







***erm..gambar atas tu..sekadar penyeronok keadaan..huh!




sang bicara:moga dipermudahkan....amin

Sunday, April 4, 2010

transformasi bersiri

bandar baru bangi
sabtu : 3 april 2010

setelah kekusutan kerana selalu hujung minggu tiada aktiviti bermakna,apatah lagi berjiwa 1malaysia aku mengambil keputusan pergi ke kuala lumpur.sebagai seorang pemuda berkerjaya tetapi tiada kekasih memang begini gaya hidupnya.oh,terpromote pula.sori....

aku nekad.bawa wirawan aku untuk pegi alamanda,putrajaya.suda set ngan wantos nak tengok clash of the titans.dari pemerhatian trailernya,tanggal sluar la kalau tak best..

~~~~~

ok citer dia memang kurang best.atas sikit dari tak best.aku rasa lagi berbaloi tengok evo kl drift..

"cane citer tadi??"aku tanya wantos.

"baik beli dvd tengok kat umah.."balas wantos serius.

so betul la kan.citer tu memang kurang best,bukan tak best.tak payah tanggal la ea..

~~~~~

sampai umah wantos pukul 1.oo pagi camtu..

"bro lu tengok ar blog gua.."aku ajak penuh muslihat.

"erm..."balas wantos malas.sibuk dia mentenet dari sampai umah tadi.

"mil,lu tak mau edit lagi best ke blog nih.."wantos tanya sedikit thriller.

"hah buat ler..."aku jawab senyum2.tu dia....

~~~~~

"ok,puas hati??"wantos tanya separa ikhlas.muka da nampak sangat ngantok.

"ok la ni..tapi da macam ariel peter pan la gua.."aku balas konfiden.






cane???bertambah rebel kan???

hahaha


sang bicara:suda pukol 4 lebih..ngantok wehhh..