Thursday, December 24, 2009

bisnes : modifikasi tranmisi kronik


hahaha,

semua kerangka nak berlumba,

nak sangat jadi siber,

air naik ke kepala,

darah tinggi jadinya..



hihihi,

macam mana boleh lupa,

jika semua picu kuasa,

tarik gear sampai geli gila,

terapi apa pun tak rasa..



jiwa triptonik,

tukar jadi automatik,

tujah gunalastik,

terpelanting dinamik drastik..



deru supersonik,

turbo punca kuasa,

radian tragedi menarik,

korek semua titiknya..



graf silangkata,

guna ringgit kassorga,

picit sampai melata,

meleleh kanopi deria..



baiklah...



sudah tau tak apa,

jangan sekali nak bertanya,

progresif sumber efektif,

formasi intonasi kreatif..



sang bicara : sesekali nak jadi rebel...jo..sila balas...

1 comment:

  1. aku susah nak paham benda berat-berat macam ni. selet dengan taik hidung karang, baru tahu...

    ape2 pon nanti aku try balas.

    ReplyDelete

sebelum komen bismillah dulu ...