Wednesday, October 13, 2010

jiwa intergalaktik seorang racync

hidup dalam pandangan mata akal gua..

jika ditolak nas dan makrifat agama yang agak berat,pada gua hidup ni ada 2 bahagian..cinta dan kerjaya..dan pada gua jika larat,berjaya lah untuk kedua2 nya..dan paling koman pun,berjayalah dalam salah satu darinya..maka jika berjaya dalam kedua2nya,amat bermakna lahir ke dunia ini..jika berjaya salah satu darinya,dikira separuh berjaya..seterusnya jika dua2 bahagian pun tak berjaya,lu akan dikira sampah,bajingan,mati lagi baik dan yang sewaktu dengannya...

lama tak wat entri..

percaya atau tidak,hampir setiap hari gua selak blog ni..terkadang api semangat nak tambah entri bukan kemain,tapi bila nak mula je...jari terhenti,hati seolah2 mati dan macam tiada cerita beerti..

takpe,kali ni gua wat jugak..

berbalik hal di atas,dalam umur suku abad ni (ye gua muda lagi..),dua2 bhagian hidup gua rasa masih tak berjaya lagi..terkadang risau kot2 dua2 pun nanti gua membarai..positifnya,gua bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang telah gua capai..jujurnya,hal cinta gua memang macam ci***..gua pun tak tau nape dunia cinta gua seluruhnya sungguh cilakak..da macam kena sumpah gamaknya..takpe,gua masih ada kerjaya...

so far,kerjaya gua agak terpuji barangkali..gua sudah mula lali pada jatuh turun,kusut masai dunia perniagaan..pernah jatuh berkali2..alhamdulillah,tuhan masih beri kekuatan untuk berniaga semula bulan 5 tempoh hari..dan seluruhnya,gua sangat bersyukur dengan apa yang ada..muda2 gua pun,kadang2 akaun kompeni gua sampai 6angka kuar masuk ringgit..stailo bukan??dan gua berharap,gua akan lebih lama seperti ini..lebih lama merasa manis dari pahit yang dikorbankan selama ini..

gua selalu ingatkan diri gua,kerjaya perlu sentiasa diatas cinta..perlu didahulukan walau dalam apa jua cara..sekali lagi gua ingatkan,biar kerjaya jadi keutamaan,cinta2 ni kendian la difikirkan..

ok.entri kali ni agak serius dan boring.baik gua berenti..




-sekian-



racync:saari panggil gua suh masak nasi goreng..gua nak ingat kan,gua masak memang sedap..sekian

1 comment:

  1. bile boleh rasa masakan yang sedap itu?hmmmm....

    ReplyDelete

sebelum komen bismillah dulu ...