Saturday, January 22, 2011

P E R S I M P A N G A N



dalam kehidupan,terdapat banyak persimpangan..banyak sangat,sampai memang susah mahu kira.jangan la lu orang tanya berape banyak,nanti gua lempang..


panggg!!!!



haa...kan da kena lempang.gua da cakap jangan tanya.ah lu yang pakai baju oren,nak kena jugak??



ok duduk.bagus...



orite.sambung balik pasal simpang tadi.makanya, kita mesti kena membuat pilihan terhadap pilihan simpang-simpang yang ada..susah kan.sebab kadang kadang kita tak tahu simpang mana yang terbaik untuk kita,simpang mana yang memberi kita cahaya,simpang mana yang bakal menerangi kegelapan kehidupan kita.apa yang gua paham,suka atau tidak,pasti ada masanya kita tersilap memilih simpang.kemudian kita cuba memilih yang betul pula tapi tersilap pilih lagi dan silap lagi dan lagi dan lagi.akhirnya ape yang kita jupa adalah sebuah dinding.pada yang slow,bile kita jupa dinding maknanya da takde simpang lagi.pastu kita rasa macam hidup ni da berakhir.dunia rasa kosong dan tiada lagi apa yang kita panggil harapan.



tapi kan,..kalau kita da cukup matang,sebenarnya selagi kita hidup dunia ini masih belum berakhir (ah gua terngiang lagu shaden-dunia belum berakhir).hakikatnya,memang tak dapat elak ade ketikanya kita memilih simpang yang salah,dan ini dinamakan kegagalan.jangan berhenti.teruskan berjalan.jika terpilih lagi simpang yang salah,maknanya kita gagal lagi.tapi kita masih hidup kan??teruskan lagi berjalan.terus dan terus lagi berjalan..biar kita terjumpa dinding sekalipun,jika kita masih lagi hidup,pecahkan dinding itu dan teruskan lagi berjalan.sampai bila??sampai mati.



percayalah,selepas kegagalan,jika ada usaha yang betul insyaAllah kita akan bertemu simpang yang memberi kebaikan untuk diri kita.simpang yang memberi kita cahaya dan kebahagiaan.ini dinamakan kejayaan.



apa yang kita perlukan sebenarnya adalah...teruskan berjalan.



ya..teruskan berjalan....






racync : berjalan dan terus berjalan..sampai mati.


2 comments:

sebelum komen bismillah dulu ...